Skip to main content

jangan putus asa dengan doa

Alangkah ramai manusia yang bermohon kepada Tuhan supaya dimakbulkan segala yang diinginkan, namun tidak jua dimakbulkan. Kemudian manusia mengeluh dan bersangka buruk kepada Tuhan, lantas putus asa mencari keredhaan-Nya. Itulah hakikat manusia saban hari.

"berdoalah kepadaKu, dan berimanlah agar kamu memperoleh kebenaran."
(surah Al-Baqarah:186)

Kita tidak berdoa pun Allah sudah sedia mengetahui segala isi hati manusia.

"dan Allah mengetahui apa yang kamu rahsiakan dan apa yang kamu lahirkan."
(surah An-Nahl:19)

Jadi, mengapa masih perlu berdoa?

Berdoa sebagai tanda pengabdian diri kita sebagai hamba yang hina lagi dhaif kepada Allah, tidak ada tempat bergantung selainNya.

"cukuplah DIA sebagai tempat manusia bergantung harap dan tawakal."
(surah At-Taubah:129)

Tapi, mengapa masih tak termakbul juga doa?

Pandanglah diri sendiri, adakah kita lebih mencintai Allah daripada kesenangan duniawi? Cepat atau lambat dimakbulkan itu urusan Ilahi, kerana Dia Maha Mengetahui perkara yang terbaik bagi setiap makhluk ciptaan-Nya.

" dan apabila manusia ditimpa bahaya, Dia berdoa kepada Kami dalam keadaan berbaring, duduk atau berdiri, tetapi setelah Kami hilangkan bahaya itu daripadanya, Dia (kembali) melalui (jalannya yang sesat), seolah-olah Dia tidak pernah berdoa kepada Kami untuk (menghilangkan) bahaya yang telah menimpanya. Begitulah orang-orang yang melampaui batas itu memandang baik apa yang selalu mereka kerjakan."
(surah Yunus:12)

Sekiranya kita tidak dapat perkara yang dihajati, bersyukurlah dengan kondisi diri dinihari. Semakin dekat kita kepada Allah, semakin hebat dugaan. Itu membuktikan Allah sangat kasih kepada sekalian hamba-Nya, agar kita benar-benar ikhlas dalam mencari keredhaan-Nya serta tidak termasuk di dalam golongan yang lalai dan terbiar diabaikan.

Manusia yang diuji sedemikian rupa akan merasa manisnya iman, seolah-olah syurga sudah tersedia di hadapan mata, tapi ingatlah firman Allah dalam (surah Al-Baqarah:214) yang bermaksud:

"Ataukah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (dugaan) seperti (yang dialami) orang-orang yang terdahulu sebelum kamu. Mereka ditimpa kemelaratan, penderitaan dan digoncang (dengan berbagai cubaan), sehingga Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya berkata, "Bilakah datangnya pertolongan Allah?". Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat."

Sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat, benarlah doa itu senjata orang-orang mukmin. Yakinlah dengan sepenuh hati. Dunia bukan syurga yang dicari, nikmat kesenangan dunia hanya setitis air di lautan sahaja.

Comments

Popular posts from this blog

MACEP(MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG PELAJAR)

HARI INI hari yg amat baik.penuh motivasi utk belajar dan berusaha untuk mendapat 9a. kenapa?!!?!?!. seng aje ade satu slideshow yg menayagkan kejyaan sekolah dn pelajar2nya. dan satu segmen saje yg membuatkan aku berubah iaitu segmen pelajar yg belajar di luar negara. kalau tgk pelajar2 tersebut rasa terangsang utk belajar. baru aje buat perbahasan tntg belajar di dalam/di luar negara lebih baik. seperti biasa aku suka membangkang dan dilantik jadi pembangkang. terbuktilah belajar kt luar negara lebih bagus. sjk dari itu, aku skrg niii rajin cari info dan maklumat. aku rasa duA2 sama aje kan hehehe. sekarg niii kejayaan di dunia ialah capai citacita(rahsia),dpt handfone canggih(seperti yg tlh ditawar dan merupakan satu cabaran utk dapatkan), dan blejr di luar negara. kejayaan di akhirat ialah dapt masuk syurga, dapat duduk di arasy allah, dpt syafaat nabi, dapat syafaat quran.... insyaallah. esok ade karnival bi kalau ade masa akan ku blogkan k bye

teka-teki bas muahahaha

look at the picture again...... ok aku bagi beberapa klu: *bas di malaysia i know2 korg nk lai klu tapi kalau aku b bayk nnt korang tahu jawapan die x bestlah..... ok di sini sebenarnya suatu ilusi tau ko kena tgk dn tgk dn tgk sehinga ko terpaksa naik bas baru tahu jawapan die phm do you understand *org yg dpt jawb niiii aku akan belanja die waktu rehat biler bukk sekolah nnt kecuali hadif kerana die dh tahu jawapannya

susunan dlm kelas

aaaaaaaaaaahhhhhhhhhhhhhhh pedih sakit apabila terpksa bersusun meja berlainan style. aduyai dh lh kena berubah meja. aku sebenarnya tidak suka susunn mcm dlm bilik gerakan nmpk macm terlalu politicianal. huh tapi nk buat macamana terpaksalah akur. namun, ade goood sidenya aku bolehlh tumpukan perhatian, bila nasrul dudukje sebelah aku m esti bora mesti bork xkan x bork lah huh namun alhamdulillah ade hikmah sekarang barulah aku boleh fokus jgn marah yee nasrul hehehe. ta pi kan kelas aku nii macm die queen control pulak seram dibuat macamanalah yek bila dh dewasa nnt huhuhuh ~_~ amat menakutkan.